Wednesday, September 16, 2009

Sibuk

Ye, aku sibuk. Sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan persiapan nak menyambut raya dan lebih menyibukkan lagi hidup aku sebagai seorang hamba-Nya ialah mencari barang-barang untuk berkahwin.

Apa pun Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Tuesday, September 1, 2009

Jumaat, Puasa, Kepala Dan Lembu

Haih! Kesian aku tengok MB Selangor sekarang ni. Tak habis² dengan kontroversi... Terbaru tentang pembinaan kuil kat Seksyen 23. Aku memang faham dengan keadaan yang bakal dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut kalau kuil tu dibina kat situ. Majoriti penduduk Melayu yang beragama Islam, tup-tap, kat tempat dey'all ada kuil. Mahu konfius gak dibuatnya.

Ni macam isu penjualan arak kat kawasan Melayulah ni. Takde pasaran, buat apa nak jual kan? Tu MB cakap tapi pasal isu pembinaan kuil ni dia tak consider ke keadaan tu? Oh ye, dah takde tempat katanya...

Sebabkan bengang dengan tindakan MB, penduduk terus nak riot. Riot kena buat, baru nampak berani, tegas dan betul dalam menyelesaikan masalah. Jadinya, penghulu segala hari dipilih. Kena pulak bulan Ramadan yang mulia, memang kenalah dalam mempertahankan maruah Ad-Din gamaknya.

Selepas solat Jumaat dua rakaat selesai, berjalanlah beramai² jemaah tadi yang bengang tindakan MB Selangor mahu membina kuil Hindu kat situ. Dicarutnya, dimaki dan macam² lagilah tindakan dan perbuatan yang mereka rasakan tu adalah jalan terbaik menunjukkan rasa tak puas hati.

Kan tengah Ramadan, kenapa sampai macam tu sekali? Mereka² ni tak sedar ke perbuatan tu sedikit sebanyak menjejaskan amal puasa? Oh ye, memperjuangkan Islam katanya...

Baiklah, memperjuangkan hak. Nak tunjuk lagi perasaan marah mengatakan mereka taknak kuil dibina kat situ, mereka bawak kepala lembu. Fuh! Langsung tak memikirkan akan sensitiviti agama lain, dalam bulan Ramadan ni. Sepatutnya bila syaitan dah dibelenggu, semua sifat mazmumah tu kuranglah kan, ni makin menjadi nampak. Nafsu besar sungguh manusia akhir zaman ni.

Diusungnya kepala lembu tu sambil menemplak, memarahi MB. Depan kamera, bukan main lagi. Dihedik, dipijak, ditonyoh² kepala lembu tu. Memang marah habis ni. Apa nak jadi, jadilah. Menerusi perbuatan ni dah menunjukkan yang mereka ni agak kurang pendidikan agamanya. Nak cakap memperjuangkan hak agama tapi perbuatannya seakan mencerca lak.

Bukan nak cakap aku ni lulusan Al-Azhar, bersuara lunak macam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika mengalunkan Kalamullah, bukan. Ilmu agama aku pun cetek, tak sampai sebesar zarah. Tapi seingat pembacaan aku, sebagai seorang Islam, kita diminta menghormati bukan setakat hormat sesama insan tapi kepada semua makhluk Allah. Lebih² lagi bila ciptaan Tuhan, hamba Allah tersebut dah ditarik nyawanya.

Bayangkan kalau kepala kita tu yang dipijak, apa perasaan kita? Mentang²lah kepala lembu, bolehlah diperlakukan sebegitu rupa?

Ironinya bila ditanya oleh pihak pemberita, wakil kepada penduduk bersuara lantang mengatakan tindakan sedemikian bukan niat menghina agama lain tapi sebagai simbol. Simbol yang menunjukkan MB lebih kurang sama bodohnya dengan lembu. Senang kena cucuk. Wah! Mudahnya menghakimi orang lain, ni ke sifat pejuang agama seperti yang didakwa?

Ironinya, tu jawapan yang disiar sehari selepas kejadian tapi keesokkan harinya, jawapan tersebut bertukar menjadi "saya tak sedar pun ada kepala lembu", jawab si wakil penduduk tadi. Nak lagi hebat, si wakil penduduk tadi suruh salahkan MB, jangan salah dia dan rakan²nya. Semua ni berlaku pada hari kedua selepas kejadian apabila pelbagai pihak penganut Hindu meminta polis menyiasat akan hal tersebut.

Dah pandai buat, pandai tanggunglah. Tapi mentaliti kalau ditakuk lama, biasalah, salahkan orang lainlah. Dah macam budak kecik lak, sedang bertatih berjalan, jatuh tersembam, salahkan lantai. Tu budak kecik yang belajar berjalan, tapi malangnya sikap tu masih kekal bugar dalam mentaliti sesetengah manusia. Ada ke MB suruh mereka ni junjung kepala lembu tu? Kot ye pun nak protes, buat dengan cara yang tak menyentuh sensitiviti mana² pihak.

Dah kantoi, dah terang salah, salahkan orang lain. Tak pernah nak ada rasa mengaku salah sendiri. Cuba kalau menang loteri ke, dapat duit berguni, ada nak sebut nama orang lain? Memang takkan punyalah! Nak tambah 'panas' lagi, ada pulak pemimpin yang turut sama menyalahkan orang lain akan hal yang terjadi. Tu pemimpin tapi mentaliti...

Biasalah kita manusia, tak pernah nak mengaku silap sendiri. Kalau eksiden, hentam lembu tepi jalan, salahkan brek tak berfungsi. Padahal kalau diperiksa, awal² lagi, mungkin tak terjadi. Kalau tak memecut macam nak kejar bini kena lari, konfem selamat masih tegak berdiri. Kena pulak eksiden malam Jumaat, silap hari bulan salahkan hantu, pocong, jembalang dan macam² lagi yang jadi penunggu malam hari. Haih...

Apabila Diri Dihargai




Terharu rasa di hati, dihargai dan disayangi sepenuh hati. Terima kasih sayang kerana sentiasa memahami, menghargai dan menyayangi I.

Mungkin I tak romantis namun perbuatan ni seakan memecah monopoli keras hati bertukar menjadi sesorang yang lebih menghargai.

Terima kasih kerana bersama-sama I menyambut hari lahir I. Thanks for the cake. Nanti I upload ye, memory card reader I dah dirembat orang.