Showing posts with label Permainan Kotor Duniawi. Show all posts
Showing posts with label Permainan Kotor Duniawi. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Jumaat, Puasa, Kepala Dan Lembu

Haih! Kesian aku tengok MB Selangor sekarang ni. Tak habis² dengan kontroversi... Terbaru tentang pembinaan kuil kat Seksyen 23. Aku memang faham dengan keadaan yang bakal dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut kalau kuil tu dibina kat situ. Majoriti penduduk Melayu yang beragama Islam, tup-tap, kat tempat dey'all ada kuil. Mahu konfius gak dibuatnya.

Ni macam isu penjualan arak kat kawasan Melayulah ni. Takde pasaran, buat apa nak jual kan? Tu MB cakap tapi pasal isu pembinaan kuil ni dia tak consider ke keadaan tu? Oh ye, dah takde tempat katanya...

Sebabkan bengang dengan tindakan MB, penduduk terus nak riot. Riot kena buat, baru nampak berani, tegas dan betul dalam menyelesaikan masalah. Jadinya, penghulu segala hari dipilih. Kena pulak bulan Ramadan yang mulia, memang kenalah dalam mempertahankan maruah Ad-Din gamaknya.

Selepas solat Jumaat dua rakaat selesai, berjalanlah beramai² jemaah tadi yang bengang tindakan MB Selangor mahu membina kuil Hindu kat situ. Dicarutnya, dimaki dan macam² lagilah tindakan dan perbuatan yang mereka rasakan tu adalah jalan terbaik menunjukkan rasa tak puas hati.

Kan tengah Ramadan, kenapa sampai macam tu sekali? Mereka² ni tak sedar ke perbuatan tu sedikit sebanyak menjejaskan amal puasa? Oh ye, memperjuangkan Islam katanya...

Baiklah, memperjuangkan hak. Nak tunjuk lagi perasaan marah mengatakan mereka taknak kuil dibina kat situ, mereka bawak kepala lembu. Fuh! Langsung tak memikirkan akan sensitiviti agama lain, dalam bulan Ramadan ni. Sepatutnya bila syaitan dah dibelenggu, semua sifat mazmumah tu kuranglah kan, ni makin menjadi nampak. Nafsu besar sungguh manusia akhir zaman ni.

Diusungnya kepala lembu tu sambil menemplak, memarahi MB. Depan kamera, bukan main lagi. Dihedik, dipijak, ditonyoh² kepala lembu tu. Memang marah habis ni. Apa nak jadi, jadilah. Menerusi perbuatan ni dah menunjukkan yang mereka ni agak kurang pendidikan agamanya. Nak cakap memperjuangkan hak agama tapi perbuatannya seakan mencerca lak.

Bukan nak cakap aku ni lulusan Al-Azhar, bersuara lunak macam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika mengalunkan Kalamullah, bukan. Ilmu agama aku pun cetek, tak sampai sebesar zarah. Tapi seingat pembacaan aku, sebagai seorang Islam, kita diminta menghormati bukan setakat hormat sesama insan tapi kepada semua makhluk Allah. Lebih² lagi bila ciptaan Tuhan, hamba Allah tersebut dah ditarik nyawanya.

Bayangkan kalau kepala kita tu yang dipijak, apa perasaan kita? Mentang²lah kepala lembu, bolehlah diperlakukan sebegitu rupa?

Ironinya bila ditanya oleh pihak pemberita, wakil kepada penduduk bersuara lantang mengatakan tindakan sedemikian bukan niat menghina agama lain tapi sebagai simbol. Simbol yang menunjukkan MB lebih kurang sama bodohnya dengan lembu. Senang kena cucuk. Wah! Mudahnya menghakimi orang lain, ni ke sifat pejuang agama seperti yang didakwa?

Ironinya, tu jawapan yang disiar sehari selepas kejadian tapi keesokkan harinya, jawapan tersebut bertukar menjadi "saya tak sedar pun ada kepala lembu", jawab si wakil penduduk tadi. Nak lagi hebat, si wakil penduduk tadi suruh salahkan MB, jangan salah dia dan rakan²nya. Semua ni berlaku pada hari kedua selepas kejadian apabila pelbagai pihak penganut Hindu meminta polis menyiasat akan hal tersebut.

Dah pandai buat, pandai tanggunglah. Tapi mentaliti kalau ditakuk lama, biasalah, salahkan orang lainlah. Dah macam budak kecik lak, sedang bertatih berjalan, jatuh tersembam, salahkan lantai. Tu budak kecik yang belajar berjalan, tapi malangnya sikap tu masih kekal bugar dalam mentaliti sesetengah manusia. Ada ke MB suruh mereka ni junjung kepala lembu tu? Kot ye pun nak protes, buat dengan cara yang tak menyentuh sensitiviti mana² pihak.

Dah kantoi, dah terang salah, salahkan orang lain. Tak pernah nak ada rasa mengaku salah sendiri. Cuba kalau menang loteri ke, dapat duit berguni, ada nak sebut nama orang lain? Memang takkan punyalah! Nak tambah 'panas' lagi, ada pulak pemimpin yang turut sama menyalahkan orang lain akan hal yang terjadi. Tu pemimpin tapi mentaliti...

Biasalah kita manusia, tak pernah nak mengaku silap sendiri. Kalau eksiden, hentam lembu tepi jalan, salahkan brek tak berfungsi. Padahal kalau diperiksa, awal² lagi, mungkin tak terjadi. Kalau tak memecut macam nak kejar bini kena lari, konfem selamat masih tegak berdiri. Kena pulak eksiden malam Jumaat, silap hari bulan salahkan hantu, pocong, jembalang dan macam² lagi yang jadi penunggu malam hari. Haih...

Monday, August 3, 2009

Persoalan


"Aku nak riot ni sebab bapak kau suruh! Dia cakap kau ni penakut... lepas ni dia kahwinkan aku dengan kakak kau!"

"Eh, kenapa kau sibuk-sibuk nak tulis pasal demonstrasi tu?" tanya seorang kawan kepada aku. Aku hanya diam seribu bahasa. Malas aku nak menjawab persoalan yang aku rasa membosankan. Suka hati akulah, blog aku, aku nak tulis tentang nenek boleh terbang ke, awek aku cantik ke mahupun tentang betapa dungunya aku, aku punya pasallah.


Namun persoalan kawan aku tu menimbulkan lagi 1 persoalan dalam benak aku. Kenapa aku lihat ramai rakan remaja yang terlibat dalam demonstrasi tu? Diorang ni faham ke pasal ISA tu? Diorang sedar dan faham ke hala tuju demonstrasi tu? Kenapa ianya diadakan? Ke diorang ni tak lebih daripada nak berseronok? Bukan aku nak menafikan daya intelek diorang tu semua, cuma semua ni hanyalah persoalan yang bermain dalam benak aku ni.

Aku baca laporan akhbar pasal sebutan-sebutan kes yang melibatkan peserta demonstrasi. Ada antara peserta baru berusia 16 tahun. Biar betul? Tak pasal jer terlibat dalam kes macam ni. Patutnya budak tu duduk kat rumah, belajar sebabnya kurang daripada setahun nak mengadap peperiksaaan nasional, yang mana secara tak langsung menjadi landasan untuk dia mencorakkan masa depannya.

Kenapa si pemikir, pencadang dan pelaksana demonstrasi tu tak mengambil kira pasal ni semua? Cuba anak-beranak dia terlibat, anak abang dia ke, anak mak long su dia ke, apa perasaan dia? Okeylah, ambik kira susah untuk memantau setiap orang, tapi yang rakan remaja ni lak kenapa senang sangat nak ikut serta benda macam ni?

1 jer soalan lagi, rakan remaja yang ikut serta dalam demonstrasi tu dah daftar sebagai pengundi ke? Aku yakin, nak-naknya anak Melayu, memang liat nak suruh daftar sebagai pengundi. Alasan, malaslah nak ambik port pasal politik ni. Janji boleh buat kerja sendiri sudah. Mudahnya... tu kan hak! Hak sebagai rakyat Malaysia, korang sendiri yang menafikan hak korang tu tapi kenapa nak sibuk-sibuk berdemonstrasi? Pelik tapi nilah yang sebenarnya terjadi. 

Bicara Demonstrasi

Sabtu, 2hb. Ogos 2009. Jalan-jalan utama kat Kuala Lumpur menyaksikan ribuan kereta tersekat disamping pemandunya menjadi stress, mengeluarkan kata-kata kesat dek kerana kereta yang dipandu bergerak dalam kelajuan yang tak boleh diterima akal. Puncanya? Rasa tak puas hati. Semua orang yang dilahirkan ke muka bumi ni ada perasaan ni. Dan bila perasaan ni tak boleh dibendung lagi, 1 acara berlansung yang menjadi punca keadaan tadi terjadi. Daripada perarakan jalanan ke demonstrasi yang kemudiannya bertukar menjadi rusuhan. Aihh... 'hebat'! Paling 'hebat', kesempatan ini turut menjadi peluang untuk segelintir kuli syaitan melakukan jenayah. 'Hebat'... memang 'hebat'!

2 kumpulan yang mempunyai persepsi berbeza terhadap akta yang telah lama bersarang dalam sistem pentadbiran Malaysia. Tak perlu terangkan secara terperinci tentang akta tu kerana aku yakin semuanya faham. Mungkin ada yang tak bersetuju, ada pihak yang bersetuju tapi tu semuanya bergantung kepada penerimaaan masing-masing. Baik yang menolak mahupun yang menerima, yang pasti 'acara' yang berlangsung terjadi tanpa memikirkan baik atau buruk akibatnya.

Rasa teruja gak bila tengok di dada-dada akhbar antarabangsa, nama Malaysia 'gah' dengan protes. Secara langsung, 'promosi' yang diberi memberikan impak ke atas ekonomi. Bila ekonomi merundum, pelancong dah gabra nak datang, mulalah nak cari kambing hitam untuk disalahkan. Walhal perkara begini sepatutnya orang yang mempunyai akal yang sempurna boleh fikir tanpa perlu ke universiti.

Secara jujur, semua benda yang difikirkan oleh manusia sendiri lalu diaplikasikan ke dalam rutin hidup seharian mempunyai baik dan buruknya. Melainkan kita beribadat kepada Yang Maha Esa, berbuat baik terhadap insan dan makhluk lain di dunia, selain daripada tu, ada cacat celanya, ada pro & contra-nya. 

Perihal Perwira Dan Ibu Tunggal

Kalau tak salah aku, Buletin Utama TV3 yang disiarkan pada hari Jumaat (31hb. Ogos 2009) menyentuh isu ibu tunggal yang mengatakan sewa PPRT oleh kerajaan Selangor amat tinggi. Okey, kat sini aku nak tegaskan bahawa aku bukanlah membenci ibu tunggal sebab mak aku pun ibu tunggal dan aku bukanlah pro mana-mana pihak. Cuma aku rasa benda yang ditayangkan tak lebih daripada 'senjata' kotor oleh pemain politik. Muak siot!

Paling best, aku terkedu bila pegawai zakat yang ditemu-ramah mengatakan ada rumah yang didiami oleh sebilangan ibu tunggal tu mempunyai ASTRO. Okey, mampu pakai ASTRO, tu 1 hallah, siap ada yang berkereta tapi masih nak komplen pasal sewa yang cuma bernilai RM250 terlalu tinggi buat diorang, tu lagi kelakar. Ironinya, siap nak minta bantuan zakat. 

Nak tambah lagi menarik, ada pulak 'perwira-perwira' daripada parti tertentu yang nak tunjuk hebat dengan turut sama mendengar keluhan ibu-ibu tunggal ni. Itu salah, ini salah, kata diorang. Tak patutlah, sepatutnya pegang dengan janji yang dilontarkanlah... tambah diorang lagi. Logiklah sikit brader, kalau dah mampu nak bayar ASTRO, pakai kereta, sungguhpun benda alah tu hanya benda biasa atau yang 'patut' ada zaman sekarang ni tapi fikirkanlah, ramai lagi yang memerlukan bantuan daripada pihak zakat. Ni diorang dah mampu pakai ASTRO, ada kereta, macam mana pulak dengan orang yang rumah tunggu masa nak runtuh? Orang yang mempunyai anak yang belajar pada waktu malam yang hanya diterangi dengan pelita? Tak fikir ke pasal semua tu? Tahu nak komplen, nak hentam. Lagipun tu baru RM250 yang aku rasa lagi murah daripada haraga baju yang dipakai oleh ibu-ibu tunggal tersebut semasa ditemu-ramah.

Yang si perwira-perwira tu lak, cuma tahu nak ambik kesempatan. Ada isu menarik jer, yang boleh dihentam, terus tampil ke hadapan. Brader, kalau pun nak tunjuk hero, bukan ni caranya. Gunakan kredibiliti, tunjukkan kebolehan memimpin dengan telus, 1 hari orang akan memandang gak. Rakyat ada telinga, ada mata, kalau setakat ambik kesempatan tanpa tunjukkan kebolehan sebenar, aku rasa tu tak lebih daripada sifat iri hati. 

Komfem lepas ni orang akan labelkan aku sebagai pembangkang, pro Pakatan Rakyat-lah... Biarlah, janji aku jujur.  Yang salah aku tetap kata salah, tak kiralah UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, KEADILAN, DAP mahupun PAS,  tu yang pasti!