Wednesday, December 30, 2009

Bab Baru

Kaku, kusut, dungu serta kelu.

Hanya tinggal dua hari untuk aku melangkah masuk ke dunia baru. Dunia di mana tanggungjawabnya lebih berat dan memerlukan tumpuan serta perhatian yang lebih.

Segala persiapan kini di peringkat akhir. Menanti saat di mana aku menyatakan yang aku rela menerima tanggungjawab itu sepenuh hati. Sebagai orang Melayu, beragama Islam, aku dididik untuk peka dengan sensitiviti dan keadaan semasa ketika bahu aku mengendong teguh tanggungjawab yang dah diserahkan.

Mahu aku melupakan segala sirah gelap yang pernah aku ciptakan dalam lipatan sejarah hidup. Bukan menyesal tapi apa yang dah lepas, biarlah ia berlalu bagai angin.

Thursday, November 19, 2009

Jiwa Resah Gelisah

Kadang² aku rasa sunyi. Perasaan sunyi ni gaklah yang membuatkan perjalanan hidup aku seharian seakan dilanda disorientasi. Bingung memanjang...

Aku cuba untuk mendiversifikasikan setiap hasilan yang terhasil daripada pergerakan tubuh, lontaran buah fikiran yang dicernakan oleh minda & akal tapi semua tu seakan membunuh jiwa, meragut rasa.

Setiap kali jiwa resah, tidur malam pasti terganggu. Soalannya, apakah yang menjadi punca rasional setiap kebingungan ni? Setiap inci kulit di wajah sudah mula 'melahirkan' kerunyut. Kadang-kala, tidur malam juga disulami dengan mimpi aneh yang membuatkan otak mula cerdas menghantar sel² supaya perasaan di dalam hati cemas berdetik. Manyau agaknya...

Bilik masih sama, katil masih sama, balkoninya juga sama... bila semua ni akan berakhir? Aku harap secepat mungkin agar moderator hati tak gusar lagi, hentaman jiwa kembali tenang.

Wednesday, September 16, 2009

Sibuk

Ye, aku sibuk. Sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan persiapan nak menyambut raya dan lebih menyibukkan lagi hidup aku sebagai seorang hamba-Nya ialah mencari barang-barang untuk berkahwin.

Apa pun Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Tuesday, September 1, 2009

Jumaat, Puasa, Kepala Dan Lembu

Haih! Kesian aku tengok MB Selangor sekarang ni. Tak habis² dengan kontroversi... Terbaru tentang pembinaan kuil kat Seksyen 23. Aku memang faham dengan keadaan yang bakal dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut kalau kuil tu dibina kat situ. Majoriti penduduk Melayu yang beragama Islam, tup-tap, kat tempat dey'all ada kuil. Mahu konfius gak dibuatnya.

Ni macam isu penjualan arak kat kawasan Melayulah ni. Takde pasaran, buat apa nak jual kan? Tu MB cakap tapi pasal isu pembinaan kuil ni dia tak consider ke keadaan tu? Oh ye, dah takde tempat katanya...

Sebabkan bengang dengan tindakan MB, penduduk terus nak riot. Riot kena buat, baru nampak berani, tegas dan betul dalam menyelesaikan masalah. Jadinya, penghulu segala hari dipilih. Kena pulak bulan Ramadan yang mulia, memang kenalah dalam mempertahankan maruah Ad-Din gamaknya.

Selepas solat Jumaat dua rakaat selesai, berjalanlah beramai² jemaah tadi yang bengang tindakan MB Selangor mahu membina kuil Hindu kat situ. Dicarutnya, dimaki dan macam² lagilah tindakan dan perbuatan yang mereka rasakan tu adalah jalan terbaik menunjukkan rasa tak puas hati.

Kan tengah Ramadan, kenapa sampai macam tu sekali? Mereka² ni tak sedar ke perbuatan tu sedikit sebanyak menjejaskan amal puasa? Oh ye, memperjuangkan Islam katanya...

Baiklah, memperjuangkan hak. Nak tunjuk lagi perasaan marah mengatakan mereka taknak kuil dibina kat situ, mereka bawak kepala lembu. Fuh! Langsung tak memikirkan akan sensitiviti agama lain, dalam bulan Ramadan ni. Sepatutnya bila syaitan dah dibelenggu, semua sifat mazmumah tu kuranglah kan, ni makin menjadi nampak. Nafsu besar sungguh manusia akhir zaman ni.

Diusungnya kepala lembu tu sambil menemplak, memarahi MB. Depan kamera, bukan main lagi. Dihedik, dipijak, ditonyoh² kepala lembu tu. Memang marah habis ni. Apa nak jadi, jadilah. Menerusi perbuatan ni dah menunjukkan yang mereka ni agak kurang pendidikan agamanya. Nak cakap memperjuangkan hak agama tapi perbuatannya seakan mencerca lak.

Bukan nak cakap aku ni lulusan Al-Azhar, bersuara lunak macam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika mengalunkan Kalamullah, bukan. Ilmu agama aku pun cetek, tak sampai sebesar zarah. Tapi seingat pembacaan aku, sebagai seorang Islam, kita diminta menghormati bukan setakat hormat sesama insan tapi kepada semua makhluk Allah. Lebih² lagi bila ciptaan Tuhan, hamba Allah tersebut dah ditarik nyawanya.

Bayangkan kalau kepala kita tu yang dipijak, apa perasaan kita? Mentang²lah kepala lembu, bolehlah diperlakukan sebegitu rupa?

Ironinya bila ditanya oleh pihak pemberita, wakil kepada penduduk bersuara lantang mengatakan tindakan sedemikian bukan niat menghina agama lain tapi sebagai simbol. Simbol yang menunjukkan MB lebih kurang sama bodohnya dengan lembu. Senang kena cucuk. Wah! Mudahnya menghakimi orang lain, ni ke sifat pejuang agama seperti yang didakwa?

Ironinya, tu jawapan yang disiar sehari selepas kejadian tapi keesokkan harinya, jawapan tersebut bertukar menjadi "saya tak sedar pun ada kepala lembu", jawab si wakil penduduk tadi. Nak lagi hebat, si wakil penduduk tadi suruh salahkan MB, jangan salah dia dan rakan²nya. Semua ni berlaku pada hari kedua selepas kejadian apabila pelbagai pihak penganut Hindu meminta polis menyiasat akan hal tersebut.

Dah pandai buat, pandai tanggunglah. Tapi mentaliti kalau ditakuk lama, biasalah, salahkan orang lainlah. Dah macam budak kecik lak, sedang bertatih berjalan, jatuh tersembam, salahkan lantai. Tu budak kecik yang belajar berjalan, tapi malangnya sikap tu masih kekal bugar dalam mentaliti sesetengah manusia. Ada ke MB suruh mereka ni junjung kepala lembu tu? Kot ye pun nak protes, buat dengan cara yang tak menyentuh sensitiviti mana² pihak.

Dah kantoi, dah terang salah, salahkan orang lain. Tak pernah nak ada rasa mengaku salah sendiri. Cuba kalau menang loteri ke, dapat duit berguni, ada nak sebut nama orang lain? Memang takkan punyalah! Nak tambah 'panas' lagi, ada pulak pemimpin yang turut sama menyalahkan orang lain akan hal yang terjadi. Tu pemimpin tapi mentaliti...

Biasalah kita manusia, tak pernah nak mengaku silap sendiri. Kalau eksiden, hentam lembu tepi jalan, salahkan brek tak berfungsi. Padahal kalau diperiksa, awal² lagi, mungkin tak terjadi. Kalau tak memecut macam nak kejar bini kena lari, konfem selamat masih tegak berdiri. Kena pulak eksiden malam Jumaat, silap hari bulan salahkan hantu, pocong, jembalang dan macam² lagi yang jadi penunggu malam hari. Haih...

Apabila Diri Dihargai




Terharu rasa di hati, dihargai dan disayangi sepenuh hati. Terima kasih sayang kerana sentiasa memahami, menghargai dan menyayangi I.

Mungkin I tak romantis namun perbuatan ni seakan memecah monopoli keras hati bertukar menjadi sesorang yang lebih menghargai.

Terima kasih kerana bersama-sama I menyambut hari lahir I. Thanks for the cake. Nanti I upload ye, memory card reader I dah dirembat orang.

Sunday, August 9, 2009

Si Cerpelai dan Cincin Sakti


By: Lipas Alzheimer

Pada suatu hari yang ceria, Si Cerpelai terasa ingin bersiar-siar dengan kasut Converse Chuck Taylor rona coklat yang baru dibelinya. Sedang dia bersiul-siul keriangan sambil mencuci mata, Si Cerpelai terserempak dengan satu makhluk yang sangat pelik rupanya.


“Apakah nama mahluk ini?” ujar Si Cerpelai kehairanan. Bentuknya bulat bersinar-sinar, bertambah silaunya tatkala disimbah cahaya mentari pagi. Ia bertindih dua relung, berlingkar rapat bak ular sawa yang sedang enak tidur dibuai mimpi. Namun bukan jua ia seekor ular kerana tiada kepala mahupun ekornya. Warna sisiknya bersadur mewah dek emas keluli. Tambah seri berselang-seli antara sisiknya ialah 3 lekuk bersulam rapat rona platinum.

Si Cerpelai menggaru-garu kepalanya yang agak berkelumur. Maklumlah sudah hampir sebulan rambutnya tak disyampu. Bajet bulan ini sudah lari jauh dari perkiraan selalu. Hendak membeli sebotol syampu Sunsilk Anti-Dandruff pun dia harus berkira-kira.  

Tiba-tiba Si Cerpelai disapa satu suara, “ Apa yang engkau sedang kerjakan, wahai Si Cerpelai?”. “Eh, siapa pula yang menegur di dalam rimba belantara ini?” Si Cerpelai menoleh ke kiri dan kanan. Rupa-rupanya seekor lipas betina yang agak comel raut wajahnya. 

“Aku amat terkesima melihat keajaiban di depan mataku. Dari tadi puas aku berfikir apalah gerangannya mahkluk ini?”, tuding Si Cerpelai.

 “Lupakah engkau, Si Cerpelai? Inilah dia cincin sakti pemberian kau kepadaku sebagai tanda lamaran tempoh hari? Berhias elok di jari manisku ini tanda sudah berpunya…” si Lipas tersipu-sipu malu. 

“Oh, maafkan kanda , adindaku (dan dan terus tukar status panggilan diri). Kanda bukannya lupa, namun terlalu seronok nian di hati sungguh tak percaya akhirnya hajat hati memiliki adinda menjadi kenyataan! “, ujar Si Cerpelai sambil terkinja-kinja keseronokan. 

“Ayuh, mari kita kongsi bersama – sama rakan taulan betapa indah nian rupanya cincin sakti ini”, ujar Si Lipas lantas berjalan berpimpinan tangan dengan Si Cerpelai yang sangat disayanginya.  

Maka berlalulah Si Cerpelai dan Si Lipas menuju ke pekan berhampiran untuk mengkhabarkan berita gembira tersebut ke pelusuk alam maya….

Thursday, August 6, 2009

Princess Greedia : The Ungrateful Bitch

By: Lipas Alzheimer

Once upon a time, in far away fantasy land called Muddy Estuary , lived this one Princess. Her little (but extravagant and very very posh) castle nested on top of one hill, which habitats hailed only from royalties and top notch captains of the industry. Whoever seen around this elite neighborhood without 2 or 3-digits plate number of their horse carriage will be stoned to death. 

The Princess was quite beautiful (she dabbed on layers of expensive make up) , she was hot (she worn designer’s label of clothes & accessories) & she was simply sassy (she always bats her fake eyelash everytime) . 

At the back of her huge yard, there was row of fancy horse carriage which she will ride proudly according to different occasions. Porshelia for party with the A-list at night, Mercilia for formal government meeting, Bimmerlia for shopping carnival, Harrierlia for picking up some groceries…

The Princess had an obsession. She always wanted to look the greatest amongst the other Princesses. She didn’t mind going beyond boundaries just to beat others. As long as she becomes the centre of attraction, she feels happy and her world is content.  

One day she has decided to meet her Secret Wizard. “I hate my tight. It looks so big and flabby” said the Princess. “Your tight look just nice, it’s slender, firm and has no cellulite”, said the Wizard. “ Do liposuction to my tight or I’ll shoot your fucking head with my poisonous arrow”, urgesdthe Princess. Afraid that he will die before he lost his virgin, the Wizard proceeded with liposuction surgery to the Princess’s tight. The Princess went back and showed off her new firm, slender tight with colorful net legging. The rest of the Princesses stared with green eyes…

The next day, not even recovered from the wound, the Princess came to the Wizard again. “ I hate my skin. It’s getting older, sagging and lack of moisture. Jab me with Botox…extra dosage!”. “But your skin is amazing…at your age. It’s normal to have those symptoms as human nature. You could not beat the calling, it’s part of the process”, whisper the Wizard, afraid that the Princess will hear the big “Old” word. “Damn you.I’m not getting any older! I wanna beat the nature’s call and perhaps the God’s call” yelled the Princess. Unwillingly, the poor thing Wizard proceeded. His business has ran low recently due to the Swine Flu. A lot of his clients preferred to stay home (afraid that they will get infected) and watched Desperate Housewives.

With the younger, glowing skin of course the Princess looked fabulous. Even the 20- years –younger- than -her –female slaves looked like granny standing next to her. 

A week later, she paid another visit to theWizard. “My ears look bigger than Mickey Mouse. He looks cute but I’m not! Don the extra flesh disappeared and I could war my pride perfectly”. The Wizard didn’t reply, he just nod. 

The surgery was long and painful…But the Princess’s greed has made her extra determine. At the end of the day, she woke up from her sleep. Still a bit wobbly due to the sedative effect, she hurriedly went to the nearest mirror in the room. 

Her head was fully bandaged. And the wound was still bleeding. But she couldn’t wait any longer! She wanted to see her newly carved ears. “ Huh, nobody would beat me after this. I’m perfect!!Hahahaha….”, the greedy and ungrateful Princess laughed. She could imagine the envy eyes of the other Princesses, she could imagine every guys will praise her perfect figure, perfect skin and perfect ear. She will be adored by each and every single species in this whole freakin world!!! 

The bandage is now fully uncovered. The Princess is staring deeply in the mirror. The time has stopped for a second. The Wizard has gone vacation to Barbados (and lost his virginity with the hotties). The world has turned dark.

The ears are no longer there…it’s has been fully cut to perfection. Not even a single flesh is attached to the Princess’s head. And the Princess fainted.  

Moral of the story: Be grateful to Allah swt of what live has been treated us. Not even a single life in this earth is perfect. There’s always hiccups and imperfection…even to the seems-to-be happy rich people.  

Wednesday, August 5, 2009

Satu Pemberian...


Beg yang selalu dikendong ke mana-mana dah koyak rabak, tunggu masa masuk ke dalam tong sampah je. Tengah aku memikirkan jenama apa yang patut dibeli yang bersesuaian dengan kemampuan aku, si Dia menawarkan diri untuk membelikan beg baru untuk aku.

Walaupun taklah sehebat beg yang berjenama, namun pemberian daripada hati ikhlas menjadikan ianya tak ternilai harganya.

Terima kasih sayang...

Tuesday, August 4, 2009

Cerita Pagi


"Puan jangan risau, di sini corak hukumannya tidaklah begitu berat. Antaranya berdiri di atas kerusi, berdiri di luar kelas dan mungkin kami akan menyuruh anak puan berkongsi buku dengan rakannya yang lain..."

Hari ni aku bangun dengan mood yang agak ceria. Hati senang, jiwa tenang & tidak ada apa yang aku rasa yang perlu ditentang. Mungkin hari ni hari Rabu, pertengahan minggu jadinya mood bekerja dah kembali normal. Atau mungkin aku telah mendapat rehat yang secukupnya. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Lantaklah...

Namun selepas mencuci muka, berkumur menghilang segala baki air liur basi yang masih melekat di celah gigi dan kemudiannya baru hendak menghirup kopi, aku 'didendangkan' dengan persoalan oleh abang ipar sulung aku.

"Kau dulu masa kat sekolah kalau lupa bawak buku teks, cikgu kau buat apa?" tanya dia secara tiba-tiba. 

"Paling kuat cikgu halau dok kat luar kelas..." jawab aku sambil menghirup kopi.

"Kenapa?" tanya aku kembali.

"Aiman kena lempang, terus dia takut nak pergi sekolah dah..." jawab abang ipar aku.

Mendengar pernyataan abang ipar aku tadi membuatkan aku sedikit tergamam. Apa punya bangang cikgu anak buah aku tu. Budak tu kecik lagi, baru nak menanam semangat dan iltizam ke sekolah, dah terus berkubur pulak semangatnya dek kerana 'kecerdikkan' seorang yang bergelar pendidik.

Aku bukan nak manjakan anak buah aku, ye, aku tahu memang salah dia tapi tak perlulah dilempangnya budak yang baru berusia 7 tahun tu. Kot ye pun salah, nak hukum, bukan dengan lempangan yang terus ke muka. Pukul kat bahagian belakang ke, sebat kaki ke takpun rotan tapak tangan. 

Terus-terang aku cakap, dulu warden sekolah aku lagi gila. So, aku tak hairan sangatlah bab nak menghukum ni, tapi kena ada caranya. Dulu, aku dengan budak-budak satu dorm kantoi hisap rokok, warden aku suruh kitorang berendam dengan uniform sekolah kat dalam kolam ikan air tawar. Kalau siang boleh diterima akal lagilah, ni tengah malam buta. Dahlah tu, mulut sorang-sorang disumbatkan dengan 10 batang rokok yang dinyalakan.

Aku boleh terima hukuman macam tu, takde pun aku buat laporan polis atau masuk dalam paper. Salah kitorang, layan jelah. Ni tidak, dilempangnya kat muka, muka budak darjah satu lak tu. Apa punya banganglah...

 

Antidot Keserabutan


"Saya seekor kucing arthritis..." ujar si anak kucing secara spontan ketika seronok bermain di celah rumput tiruan.

Tengah aku berserabut kepala memikirkan pasal kerja, tiba-tiba dapat emel yang agak menyejukkan hati. Ye, aku tahu post ni kelihatan poyo tapi aku berbangga kerana mempunyai seseorang yang faham akan kerja aku ni. Terima kasih sayang...

Monday, August 3, 2009

Persoalan


"Aku nak riot ni sebab bapak kau suruh! Dia cakap kau ni penakut... lepas ni dia kahwinkan aku dengan kakak kau!"

"Eh, kenapa kau sibuk-sibuk nak tulis pasal demonstrasi tu?" tanya seorang kawan kepada aku. Aku hanya diam seribu bahasa. Malas aku nak menjawab persoalan yang aku rasa membosankan. Suka hati akulah, blog aku, aku nak tulis tentang nenek boleh terbang ke, awek aku cantik ke mahupun tentang betapa dungunya aku, aku punya pasallah.


Namun persoalan kawan aku tu menimbulkan lagi 1 persoalan dalam benak aku. Kenapa aku lihat ramai rakan remaja yang terlibat dalam demonstrasi tu? Diorang ni faham ke pasal ISA tu? Diorang sedar dan faham ke hala tuju demonstrasi tu? Kenapa ianya diadakan? Ke diorang ni tak lebih daripada nak berseronok? Bukan aku nak menafikan daya intelek diorang tu semua, cuma semua ni hanyalah persoalan yang bermain dalam benak aku ni.

Aku baca laporan akhbar pasal sebutan-sebutan kes yang melibatkan peserta demonstrasi. Ada antara peserta baru berusia 16 tahun. Biar betul? Tak pasal jer terlibat dalam kes macam ni. Patutnya budak tu duduk kat rumah, belajar sebabnya kurang daripada setahun nak mengadap peperiksaaan nasional, yang mana secara tak langsung menjadi landasan untuk dia mencorakkan masa depannya.

Kenapa si pemikir, pencadang dan pelaksana demonstrasi tu tak mengambil kira pasal ni semua? Cuba anak-beranak dia terlibat, anak abang dia ke, anak mak long su dia ke, apa perasaan dia? Okeylah, ambik kira susah untuk memantau setiap orang, tapi yang rakan remaja ni lak kenapa senang sangat nak ikut serta benda macam ni?

1 jer soalan lagi, rakan remaja yang ikut serta dalam demonstrasi tu dah daftar sebagai pengundi ke? Aku yakin, nak-naknya anak Melayu, memang liat nak suruh daftar sebagai pengundi. Alasan, malaslah nak ambik port pasal politik ni. Janji boleh buat kerja sendiri sudah. Mudahnya... tu kan hak! Hak sebagai rakyat Malaysia, korang sendiri yang menafikan hak korang tu tapi kenapa nak sibuk-sibuk berdemonstrasi? Pelik tapi nilah yang sebenarnya terjadi. 

Bicara Demonstrasi

Sabtu, 2hb. Ogos 2009. Jalan-jalan utama kat Kuala Lumpur menyaksikan ribuan kereta tersekat disamping pemandunya menjadi stress, mengeluarkan kata-kata kesat dek kerana kereta yang dipandu bergerak dalam kelajuan yang tak boleh diterima akal. Puncanya? Rasa tak puas hati. Semua orang yang dilahirkan ke muka bumi ni ada perasaan ni. Dan bila perasaan ni tak boleh dibendung lagi, 1 acara berlansung yang menjadi punca keadaan tadi terjadi. Daripada perarakan jalanan ke demonstrasi yang kemudiannya bertukar menjadi rusuhan. Aihh... 'hebat'! Paling 'hebat', kesempatan ini turut menjadi peluang untuk segelintir kuli syaitan melakukan jenayah. 'Hebat'... memang 'hebat'!

2 kumpulan yang mempunyai persepsi berbeza terhadap akta yang telah lama bersarang dalam sistem pentadbiran Malaysia. Tak perlu terangkan secara terperinci tentang akta tu kerana aku yakin semuanya faham. Mungkin ada yang tak bersetuju, ada pihak yang bersetuju tapi tu semuanya bergantung kepada penerimaaan masing-masing. Baik yang menolak mahupun yang menerima, yang pasti 'acara' yang berlangsung terjadi tanpa memikirkan baik atau buruk akibatnya.

Rasa teruja gak bila tengok di dada-dada akhbar antarabangsa, nama Malaysia 'gah' dengan protes. Secara langsung, 'promosi' yang diberi memberikan impak ke atas ekonomi. Bila ekonomi merundum, pelancong dah gabra nak datang, mulalah nak cari kambing hitam untuk disalahkan. Walhal perkara begini sepatutnya orang yang mempunyai akal yang sempurna boleh fikir tanpa perlu ke universiti.

Secara jujur, semua benda yang difikirkan oleh manusia sendiri lalu diaplikasikan ke dalam rutin hidup seharian mempunyai baik dan buruknya. Melainkan kita beribadat kepada Yang Maha Esa, berbuat baik terhadap insan dan makhluk lain di dunia, selain daripada tu, ada cacat celanya, ada pro & contra-nya. 

Kegilaan Intelek


"There is no such thing as perfect in this world. That may sound cliché, but its the truth. The average person admires perfection and seeks to obtain it. But what's the point of achieving perfection? There is none. Nothing. Not a single thing. I loathe perfection! If something is perfect, then there is nothing left. There is no room for imagination. No place left for that person to gain additional knowledge or abilities. Do you know what that means? For scientists such as us, perfection only brings despair. It is our job to create things more wonderful than anything before them, but never to obtain perfection. A scientist must be a person who finds ecstasy while suffering from that antinomy. In short, the moment that foolishness left your mouth and reached my ears, you had already lost. Of course, that's assuming you are a scientist."  -Mayuri Kurotsuchi, Kapten Divisyen 12, Gotei 13-

Aku tak tahu kenapa aku sangat meminati karakter ni. Nak cakap hebat, of course tak sehebat hero anime ni, Kurosaki Ichigo, tapi ada sesuatu yang menarik tentang dia.

Perihal Perwira Dan Ibu Tunggal

Kalau tak salah aku, Buletin Utama TV3 yang disiarkan pada hari Jumaat (31hb. Ogos 2009) menyentuh isu ibu tunggal yang mengatakan sewa PPRT oleh kerajaan Selangor amat tinggi. Okey, kat sini aku nak tegaskan bahawa aku bukanlah membenci ibu tunggal sebab mak aku pun ibu tunggal dan aku bukanlah pro mana-mana pihak. Cuma aku rasa benda yang ditayangkan tak lebih daripada 'senjata' kotor oleh pemain politik. Muak siot!

Paling best, aku terkedu bila pegawai zakat yang ditemu-ramah mengatakan ada rumah yang didiami oleh sebilangan ibu tunggal tu mempunyai ASTRO. Okey, mampu pakai ASTRO, tu 1 hallah, siap ada yang berkereta tapi masih nak komplen pasal sewa yang cuma bernilai RM250 terlalu tinggi buat diorang, tu lagi kelakar. Ironinya, siap nak minta bantuan zakat. 

Nak tambah lagi menarik, ada pulak 'perwira-perwira' daripada parti tertentu yang nak tunjuk hebat dengan turut sama mendengar keluhan ibu-ibu tunggal ni. Itu salah, ini salah, kata diorang. Tak patutlah, sepatutnya pegang dengan janji yang dilontarkanlah... tambah diorang lagi. Logiklah sikit brader, kalau dah mampu nak bayar ASTRO, pakai kereta, sungguhpun benda alah tu hanya benda biasa atau yang 'patut' ada zaman sekarang ni tapi fikirkanlah, ramai lagi yang memerlukan bantuan daripada pihak zakat. Ni diorang dah mampu pakai ASTRO, ada kereta, macam mana pulak dengan orang yang rumah tunggu masa nak runtuh? Orang yang mempunyai anak yang belajar pada waktu malam yang hanya diterangi dengan pelita? Tak fikir ke pasal semua tu? Tahu nak komplen, nak hentam. Lagipun tu baru RM250 yang aku rasa lagi murah daripada haraga baju yang dipakai oleh ibu-ibu tunggal tersebut semasa ditemu-ramah.

Yang si perwira-perwira tu lak, cuma tahu nak ambik kesempatan. Ada isu menarik jer, yang boleh dihentam, terus tampil ke hadapan. Brader, kalau pun nak tunjuk hero, bukan ni caranya. Gunakan kredibiliti, tunjukkan kebolehan memimpin dengan telus, 1 hari orang akan memandang gak. Rakyat ada telinga, ada mata, kalau setakat ambik kesempatan tanpa tunjukkan kebolehan sebenar, aku rasa tu tak lebih daripada sifat iri hati. 

Komfem lepas ni orang akan labelkan aku sebagai pembangkang, pro Pakatan Rakyat-lah... Biarlah, janji aku jujur.  Yang salah aku tetap kata salah, tak kiralah UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, KEADILAN, DAP mahupun PAS,  tu yang pasti!

Sunday, August 2, 2009

Kawan Pembawa Malang?

Kawan? Macam-macam kawan aku ada sekarang, kawan sepermainan, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah kat K.L., kawan sekolah menengah kat Penang, kawan tempat kerja lama, kawan tempat kerja sekarang mahupun kawan yang aku kenal melalui alam maya.

Semua tu kawan, baik yang memuji kat depan, mengata kat belakang, sama-sama gelak ketika senang, blah tinggalkan aku ketika sarat dengan masalah, semuanya aku kategorikan sebagai kawan. Ada gak kawan yang datang ketika dirinya diselubungi dengan masalah namun terus berlagak macam tak pernah kenal lepas dirinya senang. 

Bukan aku nak mengata kawan yang aku ada sekarang, tapi entahlah, aku rasa malang bila ramai kawan. Paling kesian, adalah kawan aku yang sering 'diburu' dengan abang kawan dia kerana kawan dia berperangai macam haiwan. 

Entahlah dunia sekarang, terlampau seni sangat hidup, soal rasionaliti ditolak bulat-bulat bak membuang cengkerang kerang yang habis 'ditelan'. Apa punya malang...

Resolusi Si Cerpelai

Hmm... mungkin keadaan dan tekanan yang selama ni aku pendam menyebabkan aku secara tak langsung terjebak dalam penulisan blog. Ye... aku faham, dah outdated, it's yesterday story tapi pergilah mampus, sebab hak aku, aku punya pasallah nak tulis sekarang ke, tahun depan ke takpun tahun lepas. Aku pun tak mengharapkan sesiapa pun membaca blog ni mahupun meletakkan komen yang habis bernas.

Aku dengan cara aku, korang dengan cara korang. Aplikasi demokrasi kat sini aku gunakan secara total. Ye... tulisan aku taklah seindah tulisan rakan-rakan lain yang lebih mementingkan penggunaan ayat, perkataan yang unik tapi aku rasakan semua tu cumalah nak menunjukkan kebolehan sendiri. Bak kata orang, showing off, berlagak dengan ilmu yang ada. Tu persepsi aku... tapi adakalanya bagus gak baca blog-blog macam tu, tahu perkataan baru.

Sampai di sini mukadimah aku. Mungkin nilah resolusi aku menangani tekanan.