Monday, August 3, 2009

Bicara Demonstrasi

Sabtu, 2hb. Ogos 2009. Jalan-jalan utama kat Kuala Lumpur menyaksikan ribuan kereta tersekat disamping pemandunya menjadi stress, mengeluarkan kata-kata kesat dek kerana kereta yang dipandu bergerak dalam kelajuan yang tak boleh diterima akal. Puncanya? Rasa tak puas hati. Semua orang yang dilahirkan ke muka bumi ni ada perasaan ni. Dan bila perasaan ni tak boleh dibendung lagi, 1 acara berlansung yang menjadi punca keadaan tadi terjadi. Daripada perarakan jalanan ke demonstrasi yang kemudiannya bertukar menjadi rusuhan. Aihh... 'hebat'! Paling 'hebat', kesempatan ini turut menjadi peluang untuk segelintir kuli syaitan melakukan jenayah. 'Hebat'... memang 'hebat'!

2 kumpulan yang mempunyai persepsi berbeza terhadap akta yang telah lama bersarang dalam sistem pentadbiran Malaysia. Tak perlu terangkan secara terperinci tentang akta tu kerana aku yakin semuanya faham. Mungkin ada yang tak bersetuju, ada pihak yang bersetuju tapi tu semuanya bergantung kepada penerimaaan masing-masing. Baik yang menolak mahupun yang menerima, yang pasti 'acara' yang berlangsung terjadi tanpa memikirkan baik atau buruk akibatnya.

Rasa teruja gak bila tengok di dada-dada akhbar antarabangsa, nama Malaysia 'gah' dengan protes. Secara langsung, 'promosi' yang diberi memberikan impak ke atas ekonomi. Bila ekonomi merundum, pelancong dah gabra nak datang, mulalah nak cari kambing hitam untuk disalahkan. Walhal perkara begini sepatutnya orang yang mempunyai akal yang sempurna boleh fikir tanpa perlu ke universiti.

Secara jujur, semua benda yang difikirkan oleh manusia sendiri lalu diaplikasikan ke dalam rutin hidup seharian mempunyai baik dan buruknya. Melainkan kita beribadat kepada Yang Maha Esa, berbuat baik terhadap insan dan makhluk lain di dunia, selain daripada tu, ada cacat celanya, ada pro & contra-nya. 

No comments:

Post a Comment