Tuesday, August 4, 2009

Cerita Pagi


"Puan jangan risau, di sini corak hukumannya tidaklah begitu berat. Antaranya berdiri di atas kerusi, berdiri di luar kelas dan mungkin kami akan menyuruh anak puan berkongsi buku dengan rakannya yang lain..."

Hari ni aku bangun dengan mood yang agak ceria. Hati senang, jiwa tenang & tidak ada apa yang aku rasa yang perlu ditentang. Mungkin hari ni hari Rabu, pertengahan minggu jadinya mood bekerja dah kembali normal. Atau mungkin aku telah mendapat rehat yang secukupnya. Entah, aku pun tak tahu kenapa. Lantaklah...

Namun selepas mencuci muka, berkumur menghilang segala baki air liur basi yang masih melekat di celah gigi dan kemudiannya baru hendak menghirup kopi, aku 'didendangkan' dengan persoalan oleh abang ipar sulung aku.

"Kau dulu masa kat sekolah kalau lupa bawak buku teks, cikgu kau buat apa?" tanya dia secara tiba-tiba. 

"Paling kuat cikgu halau dok kat luar kelas..." jawab aku sambil menghirup kopi.

"Kenapa?" tanya aku kembali.

"Aiman kena lempang, terus dia takut nak pergi sekolah dah..." jawab abang ipar aku.

Mendengar pernyataan abang ipar aku tadi membuatkan aku sedikit tergamam. Apa punya bangang cikgu anak buah aku tu. Budak tu kecik lagi, baru nak menanam semangat dan iltizam ke sekolah, dah terus berkubur pulak semangatnya dek kerana 'kecerdikkan' seorang yang bergelar pendidik.

Aku bukan nak manjakan anak buah aku, ye, aku tahu memang salah dia tapi tak perlulah dilempangnya budak yang baru berusia 7 tahun tu. Kot ye pun salah, nak hukum, bukan dengan lempangan yang terus ke muka. Pukul kat bahagian belakang ke, sebat kaki ke takpun rotan tapak tangan. 

Terus-terang aku cakap, dulu warden sekolah aku lagi gila. So, aku tak hairan sangatlah bab nak menghukum ni, tapi kena ada caranya. Dulu, aku dengan budak-budak satu dorm kantoi hisap rokok, warden aku suruh kitorang berendam dengan uniform sekolah kat dalam kolam ikan air tawar. Kalau siang boleh diterima akal lagilah, ni tengah malam buta. Dahlah tu, mulut sorang-sorang disumbatkan dengan 10 batang rokok yang dinyalakan.

Aku boleh terima hukuman macam tu, takde pun aku buat laporan polis atau masuk dalam paper. Salah kitorang, layan jelah. Ni tidak, dilempangnya kat muka, muka budak darjah satu lak tu. Apa punya banganglah...

 

No comments:

Post a Comment